Idea U All...

Kalo kawan-kawan nak chat.. sila klik disini k...

Mereka semua nie kan...generasi akan datang....comelkan mereka nie semua...hati mereka semua masih suci dan belum dikotori oleh kezaliman dunia yang dicipta oleh manusia sendiri......aiiii.....jangan dibiarkan mereka ini hanyut oleh arus dunia yang makin mencabar ini.......

Cuba tengok senyuman mereka....tangisan mereka.....ketenangan wajah mereka.........comeynyer.....huk3....


Jangan menangis.......
Kerana aku ada disini.......
Jangan menangis......
Kerana kau bukan keseorangan.....
Jangan menangis......
Kerana kau tidak akan diuji jika
kau tidak punya kekuatan....
Jangan menangis.....
Kerana kau insan yang bertuah......


Ya ALLAH.....aku insan yang lemah....berikan aku petunjuk dan hidayahMu sentiasa, supaya aku menjadi anak yang taat dan patuh kepada kedua ibubapaku, terimalah taubat kedua ibubapaku, guru-guru dan pensyarah-pensyarahku....moga mereka sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang beriman.....aku memohon kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi apa jua dugaan yang bakalku tempuhi....sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...amin........

Di mana sahaja kita berpijak, ingatlah Allah sentiasa memerhatikan kita.....



ARKIB : 21/01/2010
PUTRAJAYA 20 Jan. - Seorang tokoh akademik hari ini menyuarakan rasa khuatir dengan peningkatan trend mewujudkan kelas-kelas kawalan atau rancangan khas di sekolah-sekolah kerajaan yang dibimbangi menjurus ke arah mendiskriminasikan pelajar.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, trend yang bermula seawal tingkatan satu yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu dikhuatiri boleh mencetuskan satu stigma yang tidak menepati konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Bagaimanapun beliau menegaskan, sistem kelas kawalan itu tidak akan menimbulkan masalah atau stigma sekiranya pihak sekolah mampu 'meningkatkan prestasi pelajar lemah ke tahap lebih baik manakala yang cemerlang kepada terbaik'.
"Dalam konsep KBSR dahulu, pelajar-pelajar itu mestilah berada dalam kelas-kelas bercampur (yang cerdas dan lemah). Ini selaras dengan dunia hari ini yang menekankan pendidikan inklusif dan hak sama rata mendapat pendidikan berkualiti.
"Namun jika kelas-kelas rancangan khas ini dipraktikkan secara betul, ia sudah semestinya dialu-alukan, cuma dikhuatiri akan mencetuskan satu stigma di kalangan pelajar bahawa individu atau kelas tertentu menjadi anak emas guru atau guru besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau ditanya pandangannya mengenai trend kebanyakan sekolah-sekolah menengah kebelakangan ini mewujudkan kelas-kelas kawalan seumpama itu yang antaranya bagi memastikan sekolah atau guru besar mendapat imbalan dari segi kecemerlangan atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
Menurut Dr. Aminah, jika dinilai dari segi keterampilan pelajar dalam akademik, ia ada kalanya sukar dibuat perbandingan pada peringkat awal tingkatan satu.
"Dalam hal ini, saya amat berharap kelas-kelas kawalan yang diwujudkan itu tidak hanya menumpukan kepada pelajar cergas dan cemerlang, yang penting tidak ada bias," katanya.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan sebanyak tiga hingga empat peratus daripada pengetua atau guru besar dan guru di sesebuah sekolah bakal menikmati insentif istimewa sekiranya mereka berjaya memacu kecemerlangan sekolah bermula tahun depan.
Tawaran baru berbentuk pemberian insentif itu merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2010 kepada pengetua atau guru besar.

ARKIB : 27/02/2010
KUALA TERENGGANU 26 Feb. - Kira-kira 6,000 pelajar sekolah, kebanyakannya pelajar sekolah menengah di negeri ini dikenal pasti pelajar berisiko kerana terbabit dalam pelbagai masalah disiplin terutama ponteng sekolah.
Jumlah itu adalah di antara kesemua kira-kira 250,000 pelajar sekolah di Terengganu dan selain ponteng sekolah, mereka turut terbabit dalam kegiatan lain termasuk merempit dan penyalahgunaan dadah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang mengatur strategi proaktif dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).
Malah jelasnya, beliau sendiri akan 'turun padang' ke sekolah-sekolah terbabit dalam waktu terdekat ini.
"Kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu pelajar berisiko seumpama ini dan saya sendiri akan turun padang ke sekolah-sekolah yang berkenaan dalam waktu terdekat ini, tujuan kita bukan untuk menghukum mereka tapi bantu mereka.
"Kita kena selesaikan masalah ini, 'lebih baik mencegah daripada merawat', jika kita dapat bendung masalah ini, kita juga dapat kurangkan gejala merempit dan jenayah lain yang dilakukan pelajar," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Terengganu, Arifiin Embong dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Nor Akmal Abdul Fatah.
Pesta buku yang berlangsung sehingga Selasa depan merupakan anjuran bersama kerajaan negeri, PPAT, JPNT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Persatuan Pengusaha Kedai Buku Melayu Terengganu.
Ahmad Razif memberitahu, masalah pelajar berisiko wajar ditangani segera bagi membendung gejala tersebut daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang.
"Walaupun jumlah yang dikenal pasti itu tidak begitu ramai berbanding jumlah keseluruhan pelajar tapi jika ada seorang saja pelajar berisiko di sebuah sekolah, dia tentu memberi kesan kepada seluruh pelajar dan guru sekolah berkenaan," ujarnya.

Saya melayari utusan online, membaca berita yang boleh menambah pengetahuan dan untuk membaca cerita yang memberi pengajaran pada saya dan orang lain mungkin.....baca punya baca, saya tertarik dengan cerita yang ditulis oleh penulis ini........sehinggakan saya terfikir bagaimana saya sebagai bakal guru kaunseling dan juga sebahagian masyarakat memandang masalah ini.......
Oleh NORAINI ABD.

SELEPAS menjamu selera di Sundanese Restaurant KLCC, saya bersama seorang rakan dan seseorang yang sangat istimewa meluangkan masa window shopping sambil menyambung perbualan yang sememangnya tidak pernah habis.
Tiba-tiba tetamu istimewa yang sentiasa mendapat perhatian ramai itu menyuarakan hasrat ingin ke tandas.
Maklumlah, katanya dah berusia, kerap ke tandas adalah perkara biasa. Kami menunggu sambil mencuci mata lagi. Suasana di KLCC sesak dengan orang ramai. Kebiasaan waktu makan tengah hari agaknya. Lagi pun ekonomi Malaysia memang makmur. Biar pun ada unsur-unsur gawat, namun melihat kedai-kedai dan restoran mewah di sana-sini penuh dengan manusia, sukar nak terima hakikat kegawatan itu.
Atau mungkin yang gawat hanya ekonomi orang berpendapatan rendah. Mungkin juga di kampung-kampung. Sebab di kampung barangan yang dijual berkali ganda dari di bandar. Alasan kos pengangkutan dan seribu macam alasan lagi. Jadi orang kampung yang kecil pendapatan dan hidup sederhana terpaksa membayar lebih untuk meneruskan kelangsungan hidup. Agaknya begitulah.
Selepas beberapa minit menunggu, tetamu istimewa itu keluar dari tandas RM2. Mulutnya terkumat-kamit. Wajahnya mencuka. Alamak mesti ada yang tak kena. Mengenali wanita berhati waja itu, mesti ada yang tak berkenan di mata dan di hatinya menyebabkan beliau membebel.
Sebaik bertemu, sambil berjalan dia rancak bercerita. Tak sabar-sabar mahu berkongsi pengalaman di dalam tandas itu. Apa agaknya. Takkan tandas yang mengorbankan RM2 itu tidak bersih, itu memang mustahil. Takkan pula ada sistem yang tak betul. Tengok pada penampilannya masih anggun - tiada basah akibat percikan air. Tiada juga yang merosakkan rambutnya.
''Saya geram sangat. Ada dua budak perempuan buat kerja kat sebelah tandas yang saya gunakan.''
Lontaran kata-kata itu pantas mendapat respons kami. ''Kerja apa,'' soalan yang tak diketahui cerdik atau bodoh. Sebab mengetahui keadaan dalam tandas, hanya ada kerja-kerja yang perlu disempurnakan oleh cleaner. Kerja-kerja lain tidak terlintas pula di fikiran. Apatah lagi melibatkan dua budak perempuan.
''Saya sedang buang air, tiba-tiba dengar bunyi lain macam dari tandas sebelah. Saya mengintai dari bawah pintu tandas nampak perlakuan tak senonoh. Yang seorang kaki terangkat, yang seorang lagi duduk.
''Budak-budak tu paling-paling pun baru darjah enam atau tingkatan satu dah pandai buat macam-macam benda tak senonoh,'' bebelnya lagi.
Dia menyambung hikayat. Tidak senang dengan keadaan dua budak perempuan itu, dia segera keluar dari tandas dan mengetuk tandas tersebut. Dua orang budak perempuan tidak mengendahkan ketukan bertalu-talu, agaknya terlalu asyik. Mungkin juga takut mendengar suara makcik atau nenek membebel.
Diganggu
Tak puas hati, wanita itu memanggil tukang bersih tandas supaya mengetuk pintu dan memanggil keluar pasangan cilik itu. Agaknya tak tahan 'diganggu', dua budak perempuan itu keluar.
''Selamba ja muka dia orang. Ya Allah apalah nak jadi dunia ni. Mesti dia orang ni biasa tengok video lucah dan biasa buat benda-benda ni,'' katanya.
Mata wanita itu liar mencari pasangan darjah enam tadi. Mahu menunjukkan kepada kami anak-anak mentah yang telah pandai meneroka perlakuan sumbang orang dewasa.
Tiba-tiba kami tersentak. ''Ha itu dia orang,'' katanya sambil menuding jari dan memuncungkan bibir ke arah dua gadis yang sememangnya terlalu muda. Mereka erat berpegang tangan dan bersilih ganti saling merangkul pinggang. Seorang bertudung manakala pasangannya berlagak ala lelaki.
Saya mengimbau riwayat hidup ketika berada pada usia itu. Apa aktiviti saya semasa darjah enam atau tingkatan satu. Saya masih bermain kejar-kejar, galah panjang atau membaling tin dan selipar.
Saya masih galak memanjat pokok. Tiang-tiang di sekolah menjadi mangsa tempat kami memanjat.
Soal seks apatah lagi melibatkan pasangan sejenis sememangnya di luar kotak pengetahuan. Begitu juga yang menyanggah hukum alam. Kejahilan itu berlarutan sampai ke sekolah menengah. Jika mahu dikatakan saya tidak terdedah kepada bahan tontonan atau bacaan cinta, tidak juga. Pertengahan 70-an kami sudah mempunyai televisyen. Pada usia itu, saya menemani kakak menonton siri Peyton Place. Aksi romantik Ryan O'Neil (watak Rodney), Mia Ferrow (Allison) menjadi tontonan. Begitu juga cerita Kantonis bersiri yang menjadi kegilaan. Antaranya The Fate yang membariskan Chow Yuen Fatt dan Do Do Cheng. Ada kisah cinta di situ, ada adegan bercium. Begitu juga siri Man On The Net.
Bahan bacaan juga begitu. Saya membaca Badai Semalam, Sami Mekong (yang memaparkan adegan seks) dan pelbagai bahan bacaan lain.
Tetapi kesemua itu tidak mendorong saya untuk mengetahui lebih lanjut jauh sekali mencuba. Maklumat yang dipindahkan dari bahan tontonan dan bacaan ke sel-sel otak tersimpan di situ.
kawalan
Saya teringat membuat liputan di mahkamah juvenil. Seorang remaja berusia 13 tahun merogol adiknya yang baru mencecah sembilan tahun. Gara-gara keterlaluan menonton video lucah manakala ibu yang memenuhi tuntutan hidup bekerja kilang terpaksa meninggalkan anak-anak tanpa kawalan. Siapa yang mahu disalahkan?
Saya cuba membuat kesimpulan. Apa bezanya zaman saya dengan zaman teknologi maklumat yang menghambat dua anak gadis seusia anak teruna saya. Adakah keterujaan melampau mendorong mereka mencuba. Atau akibat kurang pengawasan ibu bapa.
Mungkinkah pengaruh rakan-rakan sebaya. Agaknya limpahan maklumat yang tidak terkawal menyebabkan sel-sel otak terpaksa memindahkannya kepada nafsu. Mungkin menjadikan otak tidak seimbang sehingga timbul perlakuan songsang.
Saya tidak dapat menyimpulkan kesemuanya. Tidak ada satu jawapan yang jitu. Mungkin ibu bapa tegas, tetapi pengaruh luar menjadi punca. Sebab itu apabila kecoh perihal gadis terlanjur membuang bayi, sukar untuk mencari salah siapa.
Remaja yang tidak cukup akal mengikut nafsu akhir menutup akal membuang bayi tersebut. Mustahil tidak ada belas atau ihsan biarpun belum bercambah rasa sayang, tetapi ada sesuatu yang membutakan hati dan perasaan menghalalkan perlakuan sedemikian.
Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem masyrakat dan kehidupan pada zaman melepasi alaf baru ini. Ada sesuatu yang kurang sehingga mencacatkan pembentukan masyarakat dan merosakkan usaha membanteras jenayah sosial.
Selepas 10 tahun melepasi cabaran pepijat alaf baru, dunia semakin dihantui 'pepijat-pepijat' yang menggigit secara halus tetapi meninggalkan kesan amat besar. Proses pembentukan masyarakat menjadi semakin songsang. Dan tanggungjawab kita untuk mencari kekurangan itu serta membetulkan masyarakat yang semakin menyimpang.
Dan apabila keadaaan seperti ini gagal diperbetulkan maka muncullah ideologi menyanjung pelakuan terlampau. Ketika mana pemimpin atau ketua yang rendah moralnya menjadi sanjungan. Segala perbuatan menjadi halal atas nama hak asasi yang hakikatnya tiada batasan.

APAKAH semua persoalan keibubapaan yang melibatkan hubungan anak gadis harus dirujuk kepada pihak berkuasa tanpa ada rasa lebih prihatin dalam mengambil pendekatan lain yang lebih realistik untuk menanganinya? Apakah tidak ada tolak ansur antara kedua-dua belah pihak keluarga apabila berlakunya anak gadis lari dari rumah?.

Pada mulanya, saya terkesan dengan cinta gadis ini yang sanggup meninggalkan keluarganya untuk mengikut teman lelaki yang dicintainya. Tetapi, apabila ia bercanggah dengan budaya masyarakat dan agama, kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki perlu ditangani dengan lebih serius.
Kes anak gadis meninggalkan rumah untuk menunjukkan kesetiaannya terhadap teman lelakinya pernah berlaku sebelum ini dan ia telah diwar-warkan di media cetak atau media elektronik. Biasanya, kes itu melibatkan lelaki asing khususnya dari Indonesia.

Kajian secara rambang telah dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan kenapa gadis-gadis tempatan lebih meminati lelaki warga asing. Rata-ratanya lelaki terbabit dikatakan lebih pandai memikat dan mudah dalam 'menjaring' hati gadis-gadis tempatan dalam waktu yang singkat.

Adakalanya sikap kita sendiri yang terlalu meletakkan kepercayaan ke atas warga asing sehinggakan terdapat bayi dilarikan oleh warga asing. Malah, ada majikan yang dibunuh oleh pembantu rumah warga asing.

Biasanya, kita akan mulai bertindak apabila sesuatu musibah itu telah berlaku. Ini juga telah menjadi satu budaya. Saya melihat telah ada semacam kelunturan budaya dalam memupuk rasa kepatuhan kepada ibu bapa. Ini jelas apabila kita melihat ada anak sanggup membunuh ahli keluarganya tanpa mempunyai perasaan belas. Ada pula anak meninggalkan bapanya yang sakit di tepi jalan. Begitu juga ada anak yang tidak mahu mengaku ibu sendiri.

Kita juga dikejutkan dengan ibu bapa yang sanggup berlaku kejam terhadap darah dagingnya sendiri seperti meliwat anak kandung dan membakar anak sendiri. Kedua-dua fenomena itu menunjukkan nilai-nilai akhlak yang murni telah semakin terhakis sekali gus membuktikan kelemahan budaya bangsa itu sendiri yang mudah dijajah.

Dengan secara tidak langsung pula, ia memudahkan pihak tertentu 'menangguk di air yang keruh'.
Kita mulai menuding kepada pihak-pihak lain seperti pendedahan budaya yang kurang sihat menyerap masuk ke dalam budaya kita dan akhirnya melunturkan sama sekali budaya ketimuran kita.

Walaupun tindakan gadis itu agak drastik dan keluarganya tidak mahu menanggung malu, langkah yang diambil oleh gadis itu berjaya menginjak sikap ibu bapanya yang akhirnya menerima calon menantunya itu. Natijah daripada tindakan gadis itu, saya berpendapat, tindakan itu adalah pilihan terakhirnya setelah syarat-syarat ketat ke atas calon pilihan hatinya dikenakan oleh bapanya.

Gadis itu seolah-olah tidak nampak jalan lain yang ada di depan mata, maka terpaksalah dia lari mengikut teman lelakinya. Ibu bapa sering mengambil sikap 'tunggu dan lihat' semata-mata didorong oleh rasa ego diri. Pada masa yang sama, anak dan teman lelakinya terus mengukuhkan ikatan janji yang terlarang itu dengan bertindak nekad dengan lari rumah.

Ada baiknya kita melakukan pemantauan terhadap anak gadis kita sendiri. Walaupun kita menganggap mereka sudah 'besar panjang' dan telah pandai menjaga diri, implikasi mengambil mudah ke atas perkara ini tetap ada dan di luar jangkaan.

Ia mengingatkan saya sewaktu menjadi wartawan sambilan sebuah akhbar tempatan satu waktu dulu (tahun 1990-an) tentang ucapan seorang menteri di mana ibu bapa terlebih-lebih memberikan perhatian sewaktu anak-anak di sekolah rendah tetapi sebaliknya sewaktu anak-anak berada di sekolah menengah.

ISMAIL HASHIM
Port Dickson, Negeri Sembilan
ARKIB : 18/02/2010


Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu gaya tidur selama 5 malam, itulah gaya tidur yang melambangkan peribadi anda.


JANIN PENUH

(gaya tidur merengkok)Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.


TERLUNGKUP

(Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.


PARUH JANIN

(Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.


ROYAL

(Tidur terlentang)Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya gaya ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.


FLAMINGO

(Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.


PENUNGGANG

(Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.


Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:
1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.
2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..
3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.
4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.
5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.
6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.
7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.
8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.
# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.


Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.


Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.


Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik
Bercorak gelombang.
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.


Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.


Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.


Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu


Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.


Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..


Salam.....
Pada hari ini, terlalu banyak rasanya cerita tentang keruntuhan akhlak.....kes pelajar terutamanya yang harus diambil kira yang banyak terlibat di dalam pelbagai gejala sosial...Apa yang harus dilakukan untuk membendung gejala ini....Apa tugas kaunselor di sekolah yang kebanyakkannya dipandang untuk menyelesaikan masalah pelajar...Jika pelajar masih bermasalah haruskah kaunselor dipersalahkan...kekadang takut rasanya ingin ke sekolah...Rajin juga saya bertanya dengan kakak dan abang macam mana dengan kaunselor di sekolah mereka...Ada jawapan yang mengembirakan...namun ada juga jawapan yang menyentuh hati ini....contohnya "kaunselor yang malas buat keja, duduk dalam bilik je, program pun tak buat".....takutnya bila dengar kakak membebel macam tu........macam mana dekat sekolah nanti...mesti pelbagai persepsi cikgu di sekolah nanti.....tapi harap saya tabah dan bersemangat untuk menghadapi cabaran sebagai guru kaunseling...

Sihat emosi: adakah hanya untuk golongan muda?

BIAR berapa pun usia anda, kebahagiaan emosi tidak seharusnya diambil mudah. Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk kita, justeru ia wajar diberi perhatian. Apabila emosi sihat, perasaan serta tindakan juga akan lebih terkawal. Anda akan lebih tabah menghadapi dugaan, mampu menjalinkan perhubungan yang bermakna dan bersemangat kental. Mental sihat, cergas Sihat dari segi mental bukan bermakna kita hidup tanpa sebarang masalah dan kedukaan. Sebaliknya apa yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki.

Penjagaan fizikal jaminan emosi sihat Walau berapa pun usia anda, perhatian yang diberikan terhadap kesihatan fizikal, iaitu dengan menjaga tubuh badan akan sekali gus menjadikan mental lebih sihat. Ini kerana sewaktu bersenam, otak dan sistem saraf akan menghasilkan sejenis kimia yang dinamakan endorfin yang mampu menceriakan mood anda! Senaman dapat meredakan tekanan, mengurangkan kerisauan dan kemurungan! Amalkan corak pemakanan yang seimbang dan pastikan badan mendapat zat makanan yang diperlukan dengan secukupnya. Cara paling mudah ialah dengan mengambil makanan tambahan.

Keluarlah dan luangkan lebih banyak masa di luar rumah setiap hari, walaupun hanya 10 minit. Jadikan waktu bersendirian lebih terisi, produktif dan menyeronokkan dengan belajar menjadi teman kepada diri sendiri atau dengan menyertai sebarang kegiatan yang dapat merangsang pemikiran dan mencergaskan badan. Anda juga perlukan tidur yang nyenyak. Secara purata, tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam akan membolehkan anda menjalani kehidupan di tahap optimum pada keesokan harinya. Luahkan perasaan Berasa sedih adalah lumrah di kalangan mereka yang berusia. Ini mungkin disebabkan seseorang itu tidak lagi mampu berdikari, kehilangan kerjaya, berhadapan penyakit, ketiadaan orang tersayang, hilang upaya untuk bergerak dan sebagainya. Namun demikian, kita tidak harus menganggap kemurungan itu sesuatu yang normal kerana usia lanjut tidak bermakna anda harus hilang segala harapan dan kegembiraan. Apabila ini berlaku, jangan mengambil sikap menyendiri. Ambillah tindakan positif dengan meluahkan perasaan anda kepada seseorang.

Perasaan anda perlu diutamakan 1. Selami jiwa dan perasaan anda. 2. Baja daya kreativiti anda dengan menyertai aktiviti mencabar minda seperti merancang membina sebuah laman yang indah secara berperingkat. 3. Semarakkan rasa kasih sayang dan peliharalah haiwan kesayangan kerana melaluinya anda boleh mencurahkan kasih sayang manakala tanggungjawab terhadap haiwan itu akan menjadikan hidup anda lebih bermakna. Binalah persahabatan yang ikhlas dan saling menyokong. Anda mungkin berumur 60-an namun anda masih boleh hidup penuh bersemangat dan bersikap proaktif. Bertindaklah sendiri dan jangan menunggu orang lain memulakan sesuatu. Jika anda sudah melakukan segala-galanya tetapi masih berasa kecewa, ini bermakna anda benar-benar memerlukan bantuan. Bagi warga emas, sebarang tanda-tanda berikut adalah isyarat untuk mendapatkan pertolongan!


-Insomnia (sukar atau tidak dapat tidur)
-Berasa cemas dan risau
-Masalah ingatan
-Perasaan seolah-olah tidak berupaya dan berdaya berbuat apa-apa
-Rasa putus asa

Jika tanda-tanda ini adalah jelas, anda perlu mendapatkan bantuan profesional. Lebih awal anda mendapatkan kaunseling serta terapi, maka lebih cepatlah anda dapat mengatasi masalah tersebut dan memulihkan semangat serta emosi anda.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20100207105902/Article/

Saya tertarik untuk meneruskan pembacaan dengan membaca artikel daripada Prof Madya Syed Omar Bin Syed Agil......teruskan juga pembacaan anda untuk perkongsian maklumat bersama......
CIRI-CIRI MAHASISWA YANG BERMORAL
Prof Madya Syed Omar bin Syed Agil
PENASIHAT PERMAI

Moral adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia yang selalu di perkatakan orang tetapi tidak ramai yang bersedia mempraktikkannya secara konsisten. Ini ialah kerana perlaksanannya memerlukan satu bentuk hubungan diantara insan dan Penciptanya iaitu Allah SWT sehingga dia merasakan kehadiranNya setiap masa dan keyakinan kepada hari Akhirat(the day of Judgment). Moral atau akhlak dalam peribadi kita lebih penting daripada reputasi kita. Reputasi adalah pendapat orang lain terhadap kita tetapi peribadi kita adalah siapa kita yang sebenarnya. Bertol menyebut `Character is a diamond that scratches every other stone’
Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen.
Adakalanya sesuatu perbuatan itu di terima oleh masyarakat tetapi di tolek oleh agama. Umapamanya, Masyarakat barat boleh menerima kewujudan golongan gay dan homoseksual tetapi dalam agama Islam dan Kristian, perbuatan ini adalah di larang sebagaimana yang di paparkan dalam AL-Quran mengenai kaum Nabi Lut yang terlibat dalam hubungan sesama jenis dan akhirnya Allah SWT menurunkan azab kepada mereka. Begitu juga masyarakat barat boleh menerima perhubungan bebas di antara lelaki dan wanita tetapi agama melarangnya. Rasionanya amatlaj jelas sekiranya kita mengkaji dan menganalisa statistik terkini yang menunjukkan kes-kes AIDS, penceraian, kes penyakit kelamin yang lain, kes kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat dimana-mana negara atau masyarakat yang membenarkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas.
Untuk membentuk mahasiswa yang bermoral memerlukan tiga perkara utama iaitu pensyarah atau guru yang bermoral, program yang bersepadu serta suasana persekitaran yang kondusif untuk pembinaan mahasiswa yang bermoral. Penjelasan mengenai ketiga-tiga syarat utama ini akan dibuat dalam isu akan datang sekiranya ada kesempatan.
Ketika ini kita dapati para remaja dan belia termasuk mahasiswa/i di IPT tempatan khususnya semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka. Kita dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang bermoral ini lebih disiplin, bertanggungjawab, tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah dan mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama mereka mengajar mereka bahawa mencari ilmu pengetahuan, membaca dan mencapai kecemerlangan adalah satu kewajiapan yang tidak boleh di abaikan. Umpamanya dalam agama Islam, ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ atau bacalah. Ini menunjukkan betapa agama Islam memberi penilaian yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan.
Sejarah Islam mempamirkan bagaimana bangsa Arab yang berpecah belah, jahil(ignorant) dan tidak bertamadun dan hampir hancur di abad ke 6, bangkit setelah menerima Islam dan berjaya menguasai kesemua bidang ilmu pengetahuan ketika bangsa Eropah tenggelam dalam kegelapan(the Dark Ages of Europe). Oleh kerana itu masyarakat barat mengambil inisiatif untuk menterjemahkan buku-buku tulisan sarjana-sarjana Islam tersebut untuk di manfaatkan oleh mereka sehingga mereka mampu bangkit semula daripada kemunduran merek sebagaimana yang kita ketahui lahirnya zaman Renaissance.

Apakah ciri-ciri mahasisa/I yang bermoral?
Pertama, mahasiswa/I yang bermoral harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT. Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama(religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya’, menfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di kehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu mahasiswa/I haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al0Quran dan Sunnah Nabi. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya.

Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibubapa mereka. Mahasiswa/I yang bermoral tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Mahasiswa/i haruslah membuktikan kepada ibubapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang dalam pelajaran mereka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pengamatan saya menunjukkan begitu ramai pelajar-pelajar IPT luar dan dalam negeri yang terjerabak dalam perkara-perkara yang merosakkan dirinya, akhirnya mengalami kekecewaan dan gagal dalam pelajaran mereka. Ibubapa mereka juga kecewa dan malu kerana perbuatan anak-anak mereka itu.

Ketiga ialah mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan pensyarah kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al_Quran(bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. `Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka? Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Keempat, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakan nya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran
`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi my aitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah(Surah Al-Ahzab, 21)

Kelima, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong semata-mata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama.
Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul yang di gariskan oleh pimpinannya.
Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan lama sekiranya kebiasaan yang buruk(bad habits) di amalkan oleh anggota-anggotanya dan tidak ada usaha untuk membasmikannya. Sebenarnya tidaklah rugi menjadi orang yang berprinsip. Selain daripada untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat, orang yang berprinsip ini biasanya di cari oleh organisasi yang agresif dalam mendapatkan keuntungan dan berorentasikan komersial. Statistik menunjukkan kerugian wang dan kos yang begitu tinggi yang terpaksa di tanggung oleh syarikat-syarikat di Malaysia kerana menghadapi masalah jenayah perdagangan dan pembaziran. Dahulunya, orang yang di tawarkan untuk bekerja dalam suatu organisasi adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-semata tetapi hari ini orang yang terbukti mempunyai rekod kerja yang mempamirkan sikap amanah, berprinsip dan mempunyai personaliti yang baik menjadi rebutan majikan-majikan.
Keenam, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa/I yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk mahasiswa/ yang bermoral melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi mahasiwa/I kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Mahasiswa/I boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda mahasiswa/i. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.

Ya Rabbi…
Jika aku jatuh cinta
aku mohon padamu
sirami hatiku dengan kasihMU
yang tak terbatas.
Ya Rahman.…
jikaku cinta pada makhlukMU
aku mohon padaMU
Jangan biarkan cintaku
padaMU berkurang
hingga aku lalai
pada zatMU
Ya Rahim…
jika aku jatuh cinta
temukan aku seorang
yang hatinya rindu
pada kasihMu
dan aku semakin kagum
dengan kewujudanMu
Ya Aziz...
Jika aku jatuh cinta
Jangan palingkan wajahMU
aku perlukan
RahmanMU
aku harapkan
RahimMU
aku pohonkan
RahmatMU Ya Jabbar...
Jika aku jatuh cinta
anugerahkan cintaMU
yang abadi itulah matlamat hidupku.

malam nie, tak de mood....:(......hati rasa sunyi.......assigment makin banyak....hu2....

Dah lama tak tulis blog nie...baru-baru ni je rajin nk tulis blog...sebab apa..sebab ada seseorang yang mencelikkan mata hati ini....sebab kawan saya bagitahu buat keja dengan kehendak diri, buat dengan menggunakan hati..jangan paksa diri dengan menggunakan otak dan stress..asyik fikir malas je tanpa mencuba apa gunanya...dan apa yang membuatkan saya mula rajin menulis blog ialah apabila dia mengatakan menulis blog adalah sesuatu yang amat menyeronokkan...iya ke...tapi kebelakangan ini saya semakin menyukainya....:)(sambil tersenyum)

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-

  • Penyakit bicara adalah bohong
  • Penyakit ilmu adalah lupa
  • Penyakit ibadah adalah riak
  • Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
  • Penyakit berani adalah takut
  • Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
  • Penyakit cantik adalah sombong
  • Penyakit bangsawan adalah membangga diri
  • Penyakit malu adalah lemah
  • Penyakit mulia adalah kedekut
  • Penyakit agama adalah hawa nafsu

Hari ini, saya mencari artikel mengenai bimbingan dan kaunseling, mana tahu dapat menambah ilmu pengetahuan yang masih sedikit ini...Saya terbaca satu artikel yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan..tajuk artikel tersebut mengenai unit bimbingan dan kaunseling yang dipertikaikan masih relevenkah unit ini berada di sekolah pada hari ini...antara kandunganya mengatakan bahawa unit bimbingan dan kaunseling masih belum mampu untuk membina sahsiah pelajar yang semakin teruk pada hari ini dan bagaimana teruknya sahsiah pelajar di sekolah baik di bandar atau pun di luar bandar. Justeru, adakah kaunseling berperanan dalam soal pembentukan sahsiah pelajar? Walaupun penulis tidak merendahkan kaunseling di sekolah namun persoalan ini mungkin untuk mencelikkan pihak-pihak tertentu...cabaran..oh...cabaran...gerun memikirkan cabaran yang bakal ditempuhi....semoga saya dan sahabat-sahabat perjuangan yang lain tabah menghadapi apa jua cabaran di sekolah kelak.....

Pada 4, 5, 6 Februari kumpulan saya telah mengadakan program kepimpinan di sebuah sekolah di Perak untuk subjek pengurusan...pada mulanya sememangnya kami amat takut dengan penerimaan cikgu di sekolah tersebut terhadap kami...tapi tak disangka pula cikgu-cikgunya memang sporting sangat. Mereka dapat menerima kami dengan tangan dan hati yang terbuka. Program dapat berjalan dengan lancar walaupun beberapa kekangan timbul terutamaya dari segi masa.....dalam program tersebut kami terpaksa mengendalikan peserta untuk program kepimpinan dan dalam masa yang sama menjalankan program untuk pelajar asrama...memang agak memenatkan...tapi bila difikirkan..mungkin cabaran di sekolah nanti lebih mencabar dari ini...bagaimana nak mengumpul kekuatan supaya saya akan sentiasa tabah dan bersemangat untuk menempuh cabaran sebagai kaunselor.

Ketakutan semakin mengekoriku...apa yang harus ku lakukan, adakah aku tabah untuk menghadapi cabaran yang bakal aku tempoh pada masa hadapan....persoalan yang tak sudah-sudah yang terbit dari benak hatiku....dan persoalannya...benarkah perjalanan hidupku ini.....harus bermula dengan bimbingan dan kaunseling?

bermulanya pengembaraan....